Thursday 19 July 2012

Komp0nen Asas eLeKTr0nIK

PERINTANG TETAP


  • Mengawal arus elektrik dalam sesuatu litar.
  • Nilainya diukur dalam unit Ohm (Ω).
  • Semakin tinggi nilai rintangan semakin rendah arus yang mengalir melaluinya.
  • Nilai perintang ditandakan dengan kod warna.




  • Kod warna perintang terdiri daripada 4 lajur.
  • Lajur pertama menunjukkan nilai pertama.
  • Lajur kedua menunjukkan nilai kedua.
  • Lajur ketiga menunjukkan bilangan kosong.
  • Lajur keempat menunjukkan nilai toleransi iaitu 5% bagi emas, 10% bagi perak dan 20% bagi tiada jalur warna.


PERINTANG PEKA CAHAYA




  • Juga dikenali sebagai LDR, iaitu Light Dependent Resistor.
  • Nilai rintangan bergantung kepada cahaya yang diterimanya.
  • Semakin banyak cahaya yang diterima,semakin kecil rintangannya.



DIOD



  • Komponen yang membenarkan aliran arus elektrik mengalir ke satu arah sahaja.
  • Boleh digunakan untuk menukarkan arus ulang alik ke arus terus.
  • Kutub positif dikenali sebagai anod (A) manakala kutub negatif dikenali sebagai katod (K).
  • Semasa arus mengalir nilai rintangan diod adalah rendah



DIOD PEMANCAR CAHAYA


  • Selalu disebut LED, iaitu singkatan untuk Light Emitting Diode.
  • Mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik mengalir melaluinya.
  • Mempunyai dua kaki iaitu anod dan katod.
  • Kaki anod bercas positif (+) dan kaki yang panjang.
  • Kaki katod bercas negatif (-) , kaki yang pendek.



TRANSISTOR



  • Digunakan untuk meninggikan arus, voltan dan  juga kuasa.
  • Boleh digunakan sebagai suis.
  • Terdapat 3 kaki iaitu :
                 1. kaki pemungut ( Collector ) - C
                 2. kaki tapak ( Base ) - B
                 3. kaki pemancar ( Emitter ) - E




 LITAR BERSEPADU (IC)



  • Dipanggil litar terkamil atau cip atau IC (Integrated Circuit).
  • Mengandungi elemen komponen seperti transistor, diod, perintang, dan sebagainya.
  • Merupakan satu litar lengkap dan ringkas di dalam sebuah bekas kecil.





KAPASITOR

Kapasitor Elektrolik (berkutub)

Kapasitor seramik (tidak berkutub)


  • Berfungsi sebagai penyimpan dan pembuang cas.
  • Kapasitor yang bernilai tinggi akan menyimpan lebih banyak tenaga elektrik.
  • Ia juga mengambil lebih masa untuk mengecas dan membuang cas.
  • Terdapat 2 jenis kapasitor iaitu kapasitor elektrolik (jenis berkutub) dan kapasitor seramik (jenis tidak berkutub)



No comments:

Post a Comment