PERINTANG TETAP
- Mengawal arus elektrik dalam sesuatu litar.
- Nilainya diukur dalam unit Ohm (Ω).
- Semakin tinggi nilai rintangan semakin rendah arus yang mengalir melaluinya.
- Nilai perintang ditandakan dengan kod warna.
- Kod warna perintang terdiri daripada 4 lajur.
- Lajur pertama menunjukkan nilai pertama.
- Lajur kedua menunjukkan nilai kedua.
- Lajur ketiga menunjukkan bilangan kosong.
- Lajur keempat menunjukkan nilai toleransi iaitu 5% bagi emas, 10% bagi perak dan 20% bagi tiada jalur warna.
PERINTANG PEKA CAHAYA
- Juga dikenali sebagai LDR, iaitu Light Dependent Resistor.
- Nilai rintangan bergantung kepada cahaya yang diterimanya.
- Semakin banyak cahaya yang diterima,semakin kecil rintangannya.
DIOD
- Komponen yang membenarkan aliran arus elektrik mengalir ke satu arah sahaja.
- Boleh digunakan untuk menukarkan arus ulang alik ke arus terus.
- Kutub positif dikenali sebagai anod (A) manakala kutub negatif dikenali sebagai katod (K).
- Semasa arus mengalir nilai rintangan diod adalah rendah
DIOD
PEMANCAR CAHAYA
- Selalu disebut LED, iaitu singkatan untuk Light Emitting Diode.
- Mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik mengalir melaluinya.
- Mempunyai dua kaki iaitu anod dan katod.
- Kaki anod bercas positif (+) dan kaki yang panjang.
- Kaki katod bercas negatif (-) , kaki yang pendek.
TRANSISTOR
- Digunakan untuk meninggikan arus, voltan dan juga kuasa.
- Boleh digunakan sebagai suis.
- Terdapat 3 kaki iaitu :
2. kaki tapak ( Base ) - B
3. kaki pemancar ( Emitter ) - E
LITAR
BERSEPADU (IC)
- Dipanggil litar terkamil atau cip atau IC (Integrated Circuit).
- Mengandungi elemen komponen seperti transistor, diod, perintang, dan sebagainya.
- Merupakan satu litar lengkap dan ringkas di dalam sebuah bekas kecil.
KAPASITOR
Kapasitor Elektrolik (berkutub) |
Kapasitor seramik (tidak berkutub) |
- Berfungsi sebagai penyimpan dan pembuang cas.
- Kapasitor yang bernilai tinggi akan menyimpan lebih banyak tenaga elektrik.
- Ia juga mengambil lebih masa untuk mengecas dan membuang cas.
- Terdapat 2 jenis kapasitor iaitu kapasitor elektrolik (jenis berkutub) dan kapasitor seramik (jenis tidak berkutub)
No comments:
Post a Comment